KELANTAN UNITED DAN KELANTAN F.A IBARAT BUDU ASLI DAN BUDU COPY ORI??

Dua tahun kebelakangan ini arena sukan bolasepak kelantan telah diperkenalkan dengan sebuah lagi pasukan baru iaitu kelantan united.Secara kebetulan penubuhan sebuah lagi pasukan ini tumbuh dikala pasukan utama negeri mereka iaitu pasukan kelantan FA jatuh lagi rebah akibat masalah kewangan.persoalannya kini apakah pasukan kelantan FA akan kian pudar dan terkambus dibawa ombak keghairahan pasukan kelantan united yang kini tampak makin berbisa.Kebimbangan kini kehilangan sokongan peminat terhadap pasukan utama mereka kerana letih dan bosan dengan pihak pengurusan yang dianggap masih gagal membuat pembaharuan terhadap pasukan kesayangan mereka.putaran kisah ini menyebabkan penghijrahan penyokong kelantan FA terhadap pasukan kelantan united.Sesuatu harus dilakukan oleh pihak pengurusan kelantan FA kerana pasukan ini memiliki sejarah dan jenama yang sangat kukuh sewaktu dulu. Tamparan kian hebat apabila kini ketua pasukan badhri radzi merupakan simbolik atau nama yang sangat lekat dengan pasukan Kelantan FA kini mengubah angin ke pasukan Kelantan United setelah menganggap dianak tirikan oleh pengurusan terdahulu.Pengurusan baharu harus bekerja keras kerana hendak membina sesebuah rumah yang telah roboh kembali seperti asal sangat susah namun tidak mustahil.Matlamatnya harus jelas barulah pelabur atau penaja berminat untuk membantu.

PETALING JAYA, 04 JANUARI 2013- Kapten pasukan bola sepak ATM, Hairuddin Omar (kanan) dan Kapten pasukan bola sepak Kelantan Red Warrior, Badhri Radzi

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started