JENAMA THE RED WARRIOR MASIH ”SOHOR”

Meskipun skuad kelantan dihimpit masalah kewangan akhir-akhir tahun kebelakangan ini,namun masih ada sinar harapan buat pasukan dari negeri cik siti wan kembang ini.Buktinya ramai pemain bintang yang masih menaruh kepercayaan untuk menyertai gergasi pasukan pantai timur ini sewaktu dahulu.tidak dinafikan minat sesetengah pemain adalah berpunca dari semangat penyokong mereka itu sendiri yang mungkin sudah lama tidak merasa aura bolasepak yang dahulunya menjadi sebutan disetiap bibir peminat mereka tidak kira dimanapun mereka berada.sukan bolasepak kelantan menjadi sebutan setelah angin perubahan dibawa oleh ahli politik merangkap penaung pasukan sewaktu itu iaitu Tan Sri annuar Musa,kelantan menjadi pasukan digeruni dan dapat menarik minat pemain bintang untuk menyertai mereka.Namun sayangnya keunggulan pasukan itu tidak berkekalan apabila Tan Sri Annuar Musa mengakui kegagalannya untuk menyelamatkan pasukan dari masalah kewangan.Setelah itu,jutawan kosmetik berminat untuk mengambil alih tampuk pimpinan kafa dengan cuba menyelesaikan masalah hutang dialami pasukan kelantan.namun,angan itu nyata tidak menjadi akibat daripada tekanan penyokong dan tarik tali daripada pihak pelabur sekali lagi kelantan berada di takuk yang sama.Akhirnya jutawan kosmetik itu meletakkan jawatan dan kemudian kongres luar biasa diadakan bagi mencari calon terbaik untuk menyelamatkan pasukan yang ketika itu sudah nyawa-nyawa ikan.beberapa calon diperkenalkan dengan masing-masing membentangkan manifesto untuk meraih undi sebagai presiden.Pn. Hajah bibi ramjani illias khan yang digelar madam of football telah berjaya meraih undi tertinggi meninggalkan pesaing-pesaing lain.Pasukan diberi harapan untuk dipulihkan pn bibi ramjani melakukan perubahan besar besaran sebaik sahaja berada di meja presiden.Beliau melantik jurulatih syria iaitu fajr ibrahim yang sewaktu itu melakukan perubahan terhadapan pasukan dengan menyisihkan pemain-pemain senior dan memasukkan pemain muda yang rata-rata adalah dari skuad presiden.namun, formula itu tampak tidak menjadi menerima tekanan dari penyokong dan presiden akhirnya fajr meletak jawatan disusuli kegagalan presiden Pn. Bibi Ramjani yang gagal menyelesaikan hutang lapuk terus meletak jawatan.Seperti kitaran yang sama sebelum ini,kongres luar biasa diadadkan dimana Wan Rahim telah dilantik setelah berjaya meraih undian tertinggi mengalahkan pesaing lain.Kini wan Rahim tampak berjaya menarik beberapa penaja melabur untuk pasukan.Ramai pemain bintang dikaitkan dengan kafa.Harapan adalah cikgu wan rahim dan pengurusan berjaya meletakkan The Red Warrior sebagi satu jenama yang bangkit dari sebuah kegagalan!!

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started